Wednesday, December 16, 2009

Kek Birthday

Ni order daripada Amy from ILP dua minggu lepas...ann dah tak ingat tarikh sebab bizi dengan beberapa hal so ann terlupa nak upload kesini... kek ni utk birthday untuk suami dia.... ann buat simple deco sebab sometimes less is more kan... so ann sangat² happy dengan end result dia...hopefully customer pun suka... ann guna bunga fondant...suka sangat dengan kaler merah putih...

Ann snap gambar ni dari opis so cahaya pun ala² romantik gitu.... 





 
chocolate moist cake
buttercream/ fondant
9"

Wednesday, December 9, 2009

Kek Untuk Sue Sempena Aidiladha

Order ni datang daripada member blogger..Sue dari Perlis... ann puas hati dengan edible image ni sebab sue kasi ann gambar dalam format jpeg & gambar dia memang terang lagi bersuluh..eh...merapu lagi...

Sue order kek ni untuk bawa balik ke Kulim kalau tak silap.... first time jumap sue dengan hubby & baby Ilham...cute sgt...dari mak ke bapak ke anak...tiga² comel..

So inilah hasilnya..layannnnn................



 
Chocolate Moist Cake
Buttercream/ edible image
9"

Kek Hari Raya AIdilAdha edible image

Ni 2nd order daripada Rin ILP... dia nak kek untuk raya haji aritu... Rin nak gambar masjid tapi ann tengok gambar masjid bila print tak sharp so ann tukar pada tulisan khat gitu...cantik tuuuu...! Penat ann 'lukis'..hahhahaha...sah² tipu kan...



 
Chocolate Moist Cake
Buttercream/ edible image
9"

Edible Image Cake for birthday

Ni first order oleh Kak Husna dari ILP Jitra.... kak Husna dah place order sejak sebulan lepas. Ni gara² dia tengok kek yang ann buat untuk hantaran kahwin Liza Admin. Sejak tu Kak Husna teruih jatuh chenta nak buat kek edible untuk besday anak menakan (saudara) dia...

Kepada sesiapa yang nak order kek edible tak kisah ler nak order kat saper pun...satu pesanan ann beri gambar yang sharp,terang, jelas dan nyata supaya gambar yang diprint atas sugar paper akan cantik berkilat. Kak Husna bagi gambar jauh & kelabu so this is the best I can do..puas dah ejas tapi takat ni jer boleh.

Udah ler tu, ambik gambar guna handset jer..sob..sob...sob...



 
Chocolate Moist Cake
Buttercream/ edible image
9"

Sunday, December 6, 2009

Novelty Cakes

Kek bertema yang kebiasaannya di dalam 3D bagi memberikan impak maksima. Sangat menarik, tertarik & memang da bomb yang biasanya menjadi perhatian berbanding kek-kek biasa. Sesuai bagi majlis harijadi terutamanya kanak-kanak dengan tema kartun kesukaan mereka.




Bagi majlis lain juga boleh menggunakan novelty cake ini jika kena dengan caranya. Berbanding kek bagi kanak² yang menggunakan imej kartun, bagi meraikan orang dewasa, antara imej dan bentuk yang boleh digunakan ialah seperti beg tangan kesukaan (err.. idaman) mereka, ipod atau hp, kereta, jersi atau kereta kesukaan dan sebagainya.



Fikirkan apakah kesukaan yang tersayang anda hari ini dan berikanlah idaman mereka dalam bentuk yang sedikit berbeza dan lebih murah harganya.. hari ini juga.

Harga bermula dari RM90 sahaja dan hubungi saya bagi konsultasi percuma.

Thursday, November 19, 2009

PROMOSI KEK HARI RAYA HAJI!

Tempahlah sekarang hingga Isnin 23 November 2009 untuk menikmati kek edible image bertemakan Hari Raya Qurban dengan harga RM58 sahaja....murahkan? Harga sebenar sila buat survey di kedai² kek berdekatan dan anda mungkin akan pengsan sebab mahal ya rabbi! hehhehe...

Lagi satu...anda boleh juga sertakan gambar sendiri utk dicetak diatas kek tersebut....menarik bukan?

Tawaran ini adalah terhad berdasarkan first come first serve. Ann hanya membuka ruang untuk tempahan 10 biji kek sahaja....sila beritahu ann jika berminat atau email ann. Ann akan balas secepat mungkin. I'Allah.

Setelah berjaya membuat tempahan, kek anda akan siap pada hari Khamis iaitu 26 Nov 2009

Sekiranya masih ada kemuskilan silalah tanya yer..jangan malu²...


contoh edible image cake hasil kerja terdahulu

Friday, November 13, 2009

Kek Birthday Sweet Roses

Cake ini order daripada Nor ILP...nak kek deco yang romantik so ann buat ler kek yg dikelilingi dengan taburan petals from roses...nampak cam petals kan? baik korang ckp nampak cam petals.....hehhehe...tatau pasaipa icing buat hal time tu...jadi lembik sket....

Actually kek ni utk suaminya yang tercinta semperna besday yang ke 39thn...okes..Happy Belated Birthday....

Kek ni ann delivered on Wednesday...lupa nak upload kat sini...sibaik si McE tanya tadi...

Chocolate Moist Cake
Buttercream
5kg


Tuesday, October 27, 2009

BEN10 Cake for Birthday

Kek ini adalah 1st order dari Rin cute...staff ILP juga...hehhehe...utk besday husband kesayangan dia En. Rohaizat...juga staff ILP...sayangnya Rin kat husband dia....hadiah besday kasi handset...sebenarnya Rin order kek edible image BLEECH- fav anime husband dia but image yg sampai sangat kecik then maid aku yg bertuah tu p letak mana ntah. Sibaik a day before tu Rin cakap BEN10 pun bole...sayanggg Rin..

Birthday En. Rohaizat pada Ahad lepas...sori yer lambat upload gambo sebab berukband ann buat hal...gambo ni snap guna hanset jer so paham² ler ye...



 
chocolate moist cake
butterrcream
BEN10 edible image
+-2 kg

Sunday, October 18, 2009

Edible Image Cake

Order ni juga datang daripada Liza yg telah mengorder cupcakes hantaran tema warna ungu.... Kek untuk hantaran ini mengabadikan gambar Liza & pasangannya diatas kek dengan bait puisi indah.....

Dikesempatan ini kak ann nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat Liza & suami semoga kekal hingga akhir hayat...Amin...


 
chocolate sponge cake
buttercream
edible image
+-2.5kg

Cupcakes Romantik

Cupcakes ini di tempah oleh Liza yg kerja di bahagian Admin. Ni 2nd time dia order cupcakes....kali ni sebagai hantaran. Temanya ialah warna ungu...memang cantik tapi warna ungu kadang² can be so hard to match with other colour so ann decide highlightkan dengan warna burgandy and a touch of pink....hmmm...sweet jer...


 
 chocolate chips cupcakes
buttercream frosting & fondant flowers
25 pcs / 's' size

Thursday, October 15, 2009

Hinode Shop

Kek semperna pembukaan Hinode Shop caw Tesco Mergong. Tahniah...lupa lak ape nama Jepun tokey kedai tu...

Logo kedai yg warna merah tu pas dah calit buttercream nampak cam ikan lah coz 'ekor' dia ann tertarik lebih......hehehhe...tapi feedback dr Jepun tu dia cakap very nice...





Chocolate sponge cake with fresh strawberry filling
frosting with buttercream
1.5kg

Tuesday, October 6, 2009

Kek Hari Raya 2009

Kek semperna sambutan hari raya peringkat institut... kek ni sumbangan Unit Pengajian Am ILP Jitra. Kek seberat 6.7kg++ ni utk upacara potong kek oleh Pengarah ILP Jitra, En. Azmir Yunus.


 
 Chocolate cake
Filling with cream oreo & blueberry
Frosting with buttercream


Gambar² dibawah ni pula adalah ihsan daripada Anuar....photographer yg handal. Kepada sesiapa yg berminat mahukan khidmat beliau utk majlis perkahwinan, ann memang rekemen sgt²...memang cun gambar² yg diambil. Hasil kerja beliau boleh di lihat di sini.

  

 

 



Wednesday, September 30, 2009

Selamat HAri RAya

Haa...first entry tuk citer pasal raya...Raya yg huru hara...macam² kejadian berlaku this raya...bermula dengan Husin demam then mak sakit masuk wad...membawa kepada order yg berlambak²...part order tu tak kisah sangat coz normal ler tu...dah biasa...I can handle it....yg tak tahan bila ramai² ni mula ler nak bagi pendapat macam².....adoi hai...


Baking is apart of my life...I ambik course bukan main taram sesuka hati tau so I tau apa yg I buat kay...eh...aku ni cakap dengan saper nih...hikhikhik...

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan...sempat gak ler kami tiga beranak bergambar.... gambar ni diambil pada hari raya ke-2....alkisahnya baju raya Husin tu kami beli pada hari raya pertama....klakar tul...

Nak ambik gambo pun huru hara sebab ambik sendiri & at the same time Husin tanak dok diam....but anyway...I had such a wonderful Eid Mubarak this year...sebab apa tau...sebab skrg husband ann tak keja shif lagi...berbuka & berhari raya bersama...kalau dulu buka posa sorang²...kadang² beraya pun sorang².....dah le tadak anak...balik beraya kat kampung macam org bujang jer...

Ni ler hasilnya gambar diambil sendiri...seciput jer muka makcik....tengok idung usin & abahnya...sama kan..?

Thursday, September 24, 2009

Carrot & Walnut Cake

Ni repeat order from En. Azlan dari Simpang Empat Kangkung.
Di kesempatan ni warga mamibizi ingin mengucapkan SeLAmat PenGanTin BarU kepada beliau &isteri.... semoga panjang umo, dimurahkan rezeki &kekal hingga akhir hayat.



carrot & walnut cake
cream cheese frosting, slice almond &carrot figurine
+-2kg

Wednesday, September 23, 2009

Cupcakes assorted flavor

Order 500pcs cupcakes utk kenduri perkahwinan. Order ni juga dari En Azlan. Wah...sehari semalam ann dok baking sampai lebam² kaki..... sibaik ada askar² ramai time raya ni leh buat kerahan tenaga utk packing.

Untuk kali ni ann buat chocolate moist, chocolate chips, marble, strawberry, pandan & oren.

Kat bawah ni apart of gambo² cupcakes yg sempat diambil sebelum ann p hantaq ke umah En. Azlan.......layannnnnnnnnnn....


Kek Hantaran

Kek Hantaran order daripada En. Azlan dari Simpang Empat Kangkung. Tema warna adalah coklat so ann matchkan dengan putih utk menampakkan kesucian & keindahan perkahwinan (mak aii...skemanya ayat aku). Rose putih & design basketwave.....


 


mocha cake
buttercream / basketwave
+-2kg

Sunday, September 20, 2009

Cupcake Raya Lagi

Order ni oleh Cik Hafizah, Ketua Unit Subjek Umum ILP Jitra. Tempahan kali ini jumlahnya adalah 100pcs...

Cik Hafizah nak flavor campur² so ann buat 25pcs moist chocolate chips, 25pcs orange poppy seeds, +-20pcs cheese, +-30pcs chocolate sponge.

Untuk cc ni, tukang order yg cute ni nak 50 pcs ada frosting & yg lebihnya bior jer canggitu.... okes...saya yg menurut perintah.....

TQVM & Selamat Hari Raya Aidilfitri dari keluarga mamibizi utk semua customer kesayanganku.... layannnnn.... Terima Kasih Daun Keladi, Nanti boleh order lagiiiii.........



 
 
 
 
 
 

Thursday, September 17, 2009

Cupcakes Raya

Ni repeat order dari Kak Ja ILP Jitra. Banyak dia order...dengan keknya lagi tapi sori yer kak Ja...ann tak dpt buat semuanya...Thanks...Selamat Hari Raya...

 
Chocolate Chips Moist
BC
16 pcs

Tempahan Raya

Ni antara beberapa tempahan kek yg sempat dibuat oleh team ILP JItra...kepada yg ordernya ann tak dpt bagi penuh sori yer semua coz ni jer termampu ann buat sebab kena jaga mak & anak yg tak sihat at the same time...layan....