Sunday, May 15, 2011

Home made coklat


Memperkenalkan produk baru iaitu homemade coklat. Diperbuat drpd coklat berkualiti tinggi dan penghasilannya amat menitik beratkan kebersihan dan kualiti. Dijamin halal. Coklat yang sangat unik ini dihasilkan dengan inti oreo, menambahkan lagi keenakan dan kesedapan rasa coklat. 

Sangat sesuai dijadikan hantaran perkahwinan, doorgift atau pun cenderahati... Packaging mengikut kehendak pelanggan. Harga coklat tidak termasuk packaging adalah RM1.50 sebiji.

Happy birthday Haziq

Order dr Firdaus ILP JItra untuk birthday anak beliau, Haziq... dah lama org tak order kek image sbb maybe dh tak sehangat mula² dulu... ada org yang tak suka muka dia ada atas kek..hahaha! Tp kdg² ada org suka sbb kek adalah tuk meraikan hari istimewa so benda² mcm image ni menambahkan lagi keistimewaan hari tersebut...mak aii...banyak lak mukadimah kali ni...
Chocolate Moist Kek + Mocha Cream Filling
Coklat Ganache

Kuning Diraja

Kek hantaran order drpd Eli dr ILP Jitra. Eli tolong tempahkan kek hantaran bg pihak lelaki dan juga cupcake bagi pihak perempuan.
Chocolate moist + chocolate cream filling
Buttercream dan gumpaste flowers


Choco fudge cupcake + fresh cream
Strawberry + ganache

Wednesday, April 27, 2011

Chocolate Moist Cake

Order dr Pn Sharifah tuk anniversary dgn husband....

Chocolate Moist kek siap ganache + mocha mousse


 
Selepas dihias stoberi

Sunday, April 24, 2011

New product - Oreo chocolate

Nantikan kemunculan produk terbaru kami iaitu OREO CHOCOLATE

Sunday, February 27, 2011

Kek Persaraan

Kek ini ditempah oleh En Khairil bagi pihak isteri beliau... Untuk pengetahuan semua, isteri beliau merupakan cikgu cikgi so kek ini semperna persaraan salah seorang cikgu di sekolah isteri beliau....


Kek Coklat Moist
buttercream & fondant
pic credit : En Khairil & his lovely wife

Saturday, February 19, 2011

Diam² ada makna.. bertapa bukan sengaja... hehehehe

Dekat setahun blog ni tak berhupdate sbb owner dia banyak hal...pindah umah la...reno umah la... banjir la..mcm² la... ni antara projek yg sempat di snap pic nya.... yg len² klu jumpa akan dihupdate di masa hadapan....

Tahun 2011 dimulakan dengan projek kapkek... order serentak dr beberapa kastemer tp yg smpat di snap ada la dr 1 kastemer...  order kapkek dr Fareedzul dr Alor Setar, Kedah...rasanya kapkek ni tuk makan²...

Kapkek yg siap di trim & disapu buttercream

Secara generalnya...

Tema Bola Sepak

Tema CNY

Tema sweet² manja..tak rela mak...hahahha

Kek Bertunang

Repeat order dr Liza...kali ni Liza tempah tuk pertunangan sepupu beliau.... tema dia semua terpulang pada akak so inilah hasilnya..... maaf pic kabur sebab snap dr dlm bonet kereta n guna handset..as usual ..muhahahah...


Kek Coklat Span
Steam Buttercream
Edible Image

Kek Buah-Buhan Segar dr Ladang ....hehehehe

Order ni dr Tini....tuk besday omak dia....kek ni masam sket sbb buah oren yg den beli tu masam maka hasilnya jadi sedikit masam.....layanzzzzz....


Orange Cake
Fresh Cream
honeydew + mandarin orange

Pillow Cake

Repeat order dari Zuliana...tp tak pasti untuk apa kek ini.... mutu gambar kurang memuaskan sbb kamera handset..dah tu lupo lak den nak berus lebihan tepung kek belakang nun...muahahhaha..tak sesuwei...apo nak buek...takpo..len kali bila dh dpt rembat kamera godang hopefully pic better then this one...

Chocolate moist cake
Fondant

Masih Bernafas dan Masih Berkarya...

Kek ini di order oleh Zuliana dr ILP Jitra tuk majlis perkahwinan beliau... tema warna gold...so..inilah hasilnya....
Chocolate Moist Cake
Fondant

Wednesday, December 16, 2009

Kek Birthday

Ni order daripada Amy from ILP dua minggu lepas...ann dah tak ingat tarikh sebab bizi dengan beberapa hal so ann terlupa nak upload kesini... kek ni utk birthday untuk suami dia.... ann buat simple deco sebab sometimes less is more kan... so ann sangat² happy dengan end result dia...hopefully customer pun suka... ann guna bunga fondant...suka sangat dengan kaler merah putih...

Ann snap gambar ni dari opis so cahaya pun ala² romantik gitu.... 





 
chocolate moist cake
buttercream/ fondant
9"

Wednesday, December 9, 2009

Kek Untuk Sue Sempena Aidiladha

Order ni datang daripada member blogger..Sue dari Perlis... ann puas hati dengan edible image ni sebab sue kasi ann gambar dalam format jpeg & gambar dia memang terang lagi bersuluh..eh...merapu lagi...

Sue order kek ni untuk bawa balik ke Kulim kalau tak silap.... first time jumap sue dengan hubby & baby Ilham...cute sgt...dari mak ke bapak ke anak...tiga² comel..

So inilah hasilnya..layannnnn................



 
Chocolate Moist Cake
Buttercream/ edible image
9"

Kek Hari Raya AIdilAdha edible image

Ni 2nd order daripada Rin ILP... dia nak kek untuk raya haji aritu... Rin nak gambar masjid tapi ann tengok gambar masjid bila print tak sharp so ann tukar pada tulisan khat gitu...cantik tuuuu...! Penat ann 'lukis'..hahhahaha...sah² tipu kan...



 
Chocolate Moist Cake
Buttercream/ edible image
9"

Edible Image Cake for birthday

Ni first order oleh Kak Husna dari ILP Jitra.... kak Husna dah place order sejak sebulan lepas. Ni gara² dia tengok kek yang ann buat untuk hantaran kahwin Liza Admin. Sejak tu Kak Husna teruih jatuh chenta nak buat kek edible untuk besday anak menakan (saudara) dia...

Kepada sesiapa yang nak order kek edible tak kisah ler nak order kat saper pun...satu pesanan ann beri gambar yang sharp,terang, jelas dan nyata supaya gambar yang diprint atas sugar paper akan cantik berkilat. Kak Husna bagi gambar jauh & kelabu so this is the best I can do..puas dah ejas tapi takat ni jer boleh.

Udah ler tu, ambik gambar guna handset jer..sob..sob...sob...



 
Chocolate Moist Cake
Buttercream/ edible image
9"

Sunday, December 6, 2009

Novelty Cakes

Kek bertema yang kebiasaannya di dalam 3D bagi memberikan impak maksima. Sangat menarik, tertarik & memang da bomb yang biasanya menjadi perhatian berbanding kek-kek biasa. Sesuai bagi majlis harijadi terutamanya kanak-kanak dengan tema kartun kesukaan mereka.




Bagi majlis lain juga boleh menggunakan novelty cake ini jika kena dengan caranya. Berbanding kek bagi kanak² yang menggunakan imej kartun, bagi meraikan orang dewasa, antara imej dan bentuk yang boleh digunakan ialah seperti beg tangan kesukaan (err.. idaman) mereka, ipod atau hp, kereta, jersi atau kereta kesukaan dan sebagainya.



Fikirkan apakah kesukaan yang tersayang anda hari ini dan berikanlah idaman mereka dalam bentuk yang sedikit berbeza dan lebih murah harganya.. hari ini juga.

Harga bermula dari RM90 sahaja dan hubungi saya bagi konsultasi percuma.

Thursday, November 19, 2009

PROMOSI KEK HARI RAYA HAJI!

Tempahlah sekarang hingga Isnin 23 November 2009 untuk menikmati kek edible image bertemakan Hari Raya Qurban dengan harga RM58 sahaja....murahkan? Harga sebenar sila buat survey di kedai² kek berdekatan dan anda mungkin akan pengsan sebab mahal ya rabbi! hehhehe...

Lagi satu...anda boleh juga sertakan gambar sendiri utk dicetak diatas kek tersebut....menarik bukan?

Tawaran ini adalah terhad berdasarkan first come first serve. Ann hanya membuka ruang untuk tempahan 10 biji kek sahaja....sila beritahu ann jika berminat atau email ann. Ann akan balas secepat mungkin. I'Allah.

Setelah berjaya membuat tempahan, kek anda akan siap pada hari Khamis iaitu 26 Nov 2009

Sekiranya masih ada kemuskilan silalah tanya yer..jangan malu²...


contoh edible image cake hasil kerja terdahulu

Friday, November 13, 2009

Kek Birthday Sweet Roses

Cake ini order daripada Nor ILP...nak kek deco yang romantik so ann buat ler kek yg dikelilingi dengan taburan petals from roses...nampak cam petals kan? baik korang ckp nampak cam petals.....hehhehe...tatau pasaipa icing buat hal time tu...jadi lembik sket....

Actually kek ni utk suaminya yang tercinta semperna besday yang ke 39thn...okes..Happy Belated Birthday....

Kek ni ann delivered on Wednesday...lupa nak upload kat sini...sibaik si McE tanya tadi...

Chocolate Moist Cake
Buttercream
5kg


Tuesday, October 27, 2009

BEN10 Cake for Birthday

Kek ini adalah 1st order dari Rin cute...staff ILP juga...hehhehe...utk besday husband kesayangan dia En. Rohaizat...juga staff ILP...sayangnya Rin kat husband dia....hadiah besday kasi handset...sebenarnya Rin order kek edible image BLEECH- fav anime husband dia but image yg sampai sangat kecik then maid aku yg bertuah tu p letak mana ntah. Sibaik a day before tu Rin cakap BEN10 pun bole...sayanggg Rin..

Birthday En. Rohaizat pada Ahad lepas...sori yer lambat upload gambo sebab berukband ann buat hal...gambo ni snap guna hanset jer so paham² ler ye...



 
chocolate moist cake
butterrcream
BEN10 edible image
+-2 kg

Sunday, October 18, 2009

Edible Image Cake

Order ni juga datang daripada Liza yg telah mengorder cupcakes hantaran tema warna ungu.... Kek untuk hantaran ini mengabadikan gambar Liza & pasangannya diatas kek dengan bait puisi indah.....

Dikesempatan ini kak ann nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat Liza & suami semoga kekal hingga akhir hayat...Amin...


 
chocolate sponge cake
buttercream
edible image
+-2.5kg